BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

12 June, 2010

Runsing

Jumaat (11 jun 2010)

Hari ini aku berasa runsing sekali..mana tidaknya...aku kena fikirkan macam mana dengan kewangan aku sekarang ini...dalam tangan aku ada berapa puluh sahaja...padahal hutang broadband aku sekarang sudah cecah hampir RM400..bukan aku tiada duit lansung...tetapi duit aku sekarang berada di tangan orang lain...duit hutang baju kelas aku masih ditangan rakan aku...hmmm...bukan sedikit...tetapi cukup untuk aku beli laptop 10 inci punya...bayangkan lah berapa banyak duit tu...aku ni baik sangat kot sampai boleh biarkan orang buat kat aku macam tu...tapi mahu buat macam mana...aku sudah banyak kali minta dia jelaskan...dan sebenarnya aku ni bukan jenis suka cakap banyak2 kali...dah aku cakap...pandai2 la fikir kan..sekarang rakan aku itu ada masalah peribadi berkaitan kesihatan orang yang disayanginya...aku tidak pasti sama ada betul atau tidak...yelah..rakan yang disangkakan baik pun boleh berbohong demi duit...

Dan hari ini juga aku sememangnya runsing bila fikirkan pasal duit ni...disebabkan duit...aku tidak mampu hendak ke kenduri along kawan aku...sedih..hendak pergi mesti guna duit nak isi tangki minyak..masalahnya aku duit pun tiada...bekalan yang ada aku kena simpan untuk ke orientasi PDT di KMPP nanti..hendak tumpang kawan2 pun..bila aku mesej (SMS)..seorang pun tidak balas..hmmm...rasa bersalah aku dekat kawan aku tu...jemput tapi tidak datang...maaf Mira...

Bila fikirkan balik..ini kali pertama aku betul2 tiada duit semasa cuti semester..bukan tidak pernah alaminya sebelum ini...padahal penghujung aku di matrikulasi pun aku ada masalah kewangan untuk program futsal JPP aku tu...bila selesai memang aku tidak terasa sangat semasa cuti sebab cuti pun aku tidak fikir sudah nak bayar apa2...tetapi kali ini aku dah langgan broadband...bulan2 kena bayar..cuti ke tidak cuti ke kena bayar juga...pening2..

Aku mengharapkan elaun aku semasa jadi sukarelawan dan fasi semasa orientasi PST di KMPP akan dapat cepat...dan aku dapat berita dari abang rizal mengatakan ianya dalam proses...agak lega la dengar tetapi bilanya akan dapat...baru proses..belum keluar lagi...ah...ini pun kali pertama aku harapkan duit elaun ni...selama aku jadi sukarelawan di KMPP...belum pernah aku terlintas fikirkan pasal duit ni...aku tolong ikhlas...dapat ke tidak dapat ke aku tidak pernah kisah pun..tapi kali ini aku mahu tidak mahu kena fikirkan juga lah..hmmm...

Runsing...runsing...runsing...


2 comments:

ajeera said...

kp ! cheer up :) byk saba2. pst ade hikmah n jln penyelesaian :))

Anonymous said...

bla na update ni????~ zehra