syukur ke hadrat ilahi kerana MPPB 10/11 PST telah berakhir pada 14 Mei yang lalu..Bagi aku, selaku budak PA..aku rasakan program kali ini adalah program paling memenatkan dan mencabar..bermula dari hari pendaftaran, hari perasmian sehinggalah ke hari penutupan minggu orientasi. Setiap hari ada keseronokan dan ada juga yang mampu membuat aku hilang sabar.
Pada hari pendaftaran lagi, dengan cuaca yang agak baik..proses pendaftaran berjalan dengan agak lancar...kecuali di bahagian lalu lintas yang kedengaran sesak teruk...ada pihak ibu bapa yang mengadu kepada Pengarah KMPP bahawa lokasi papan tanda arah diletakkan di tempat yang tidak strategik...ini boleh menjadi pengajaran untuk sessi akan datang kelak...apa yang pasti kesesakan memang tidak dapat di atasi sepenuhnya kerana sejak aku masuk KMPP lagi beberapa tahun yang lepas memang tiap2 tahun jalan sesak..tahniah kepada sukarelawan yang menjaga lalu lintas yang membantu mengurangkan kesesakan jalan ini...
Selesai sahaja pendaftaran, aku dan Emy ikut abg rizal ke Dewan Millenium untuk persiapan teknikal di sana...macam2 masalah berlaku di sana dengan keadaan yang panas ditambah dengan masalah teknikal yang menyebabkan beberapa perkara terpaksa dilakukan secara 'tradisional' kalau hendak dibandingkan taraf Dewan Millenium tersebut...memang penat...jarang sekali aku tertidur waktu menjalankan tugas...Emy pun bantai tidur..hehe...abg rizal paling tension antara kami bertiga kerana dialah yang bertanggungjawab dalam bahagian teknikal ni...dalam situasi macam ini...perasaan marah memang senang berlaku...dan ianya terbukti...
Syukur alhamdulillah kerana satu2 masalah di dewan itu selesai..walaupun secara tradisional tapi yang penting ianya berjalan lancar...agak lucu dan menakutkan juga apabila aku dan emy ditugaskan jaga 'slide' dan tayangan multimedia...abg rizal siap cakap kami berdua main peranan penting untuk slide dan tayangan tu..salah tekan atau lewat tekan 'laptop' tu maknanya cacat la perasmian tu...hehe..bangga pun da gak tapi semuanya adalah tugas...
Hari2 lain berjalan macam biasa,solat subuh berjemaah di dataran,riadah pagi, taklimat, LDK, riadah petang, solat maghrib dan isya' berjemaah di dataran, taklimat malam...kalau pagi memang krew PA xmandi lah..hehe...bangun jam 5.30 pagi terus pergi dataran buat persiapan solat subuh..lepas subuh selesai ada masanya kami kena bergegas ke astaka pula untuk riadah pagi..nasib baik krew ramai juga..boleh pecah team..habis riadah kami terus kena setting barang untuk taklimat di dewan dan surau...habis taklimat baru lah kami rehat n mandi..(kalau nak mandi lah)...hehe..
Hari penutupan agak kurang memuaskan...rancangan asal penutupan di dataran..tetapi disebabkan hujan..terpaksa dipindahkan ke dewan..oleh sebab dewan tidak muat kesemua 2300 pelajar...maka terpaksa diasingkan pelajar..hayat dan akaun di dewan manakala pelajar fizikal di surau..erti kata lain hanya pelajar hayat dan akaun yang bersama sama untuk majlis penutupan..pelajar fizikal tidak pasti apa yang mereka buat di surau..dengan dewan yang agak panas ditambah dengan bilangan pelajar yang ramai...majlis penutupan diteruskan macam biasa tanpa kehadiran pengarah kmpp dan digantikan dengan timbalan pengarah..
Akhir kata..minggu pengurusan pelajar baru (MPPB) kali ini agak berjaya walaupun ada sedikit cacat celanya...tidak semua sempurna kan...apa yang pasti.walau apa pun yang berlaku di kmpp aku tetap gembira dan sayangkan kmpp...aku sanggup berkhidmad untuk kmpp...biarlah orang kata aku gila kuasa sebab mereka tidak tahu perasaan aku...bagi aku..orang yang kata aku gila kuasa itulah yang gila kuasa...yang aku tahu..aku SAYANGKAN KMPP sepenuh hatiku...
3 comments:
tahniah kerna berjaya mengharungi pelbagai cabaran...pe pun KMPP tetap dihati kita semua...yezzaaaa!!!
LOVE KMPP!!!!
trima kasih
haha...nama aku ada...aku pon bangga...haha..-emy-
Post a Comment