BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

20 May, 2010

akreditasi PPK alam sekitar UniMAP

Tepat jam 5 petang 18 mei 2010...aku mula menaiki motorsikal aku ke UniMAP Perlis dari rumah aku Penang. Perjalanan selama 4 jam agak memenatkan walaupun aku sudah biasa naik motor ke sana..tetapi kali ini ditambah dengan hujan..perjalanan menjadi agak lambat. Aku tiba di rumah amirul di seberang ramai Kuala Perlis tidak silap aku pada jam 9.30 malam dengan basah lencun..nasib baik pakaian untuk aku pakai waktu soal jawab bersama panel EAC tidak basah...jenuh jugak la aku jaga beg pakaian aku itu..

Keesokan harinya aku bersama-sama amirul ke stesen kereta api arau untuk ambil amzar yang tiba pada jam 8.30 pagi..dia bertolak dari sungkai perak pada jam 12.30 pagi..aku sangat 'respect' kawan aku amzar ni kerana walaupun jauh beliau sanggup datang ke UniMAP semata-mata untuk akreditasi...nak harapkan yang duduk berhampiran..tidak kira lah lelaki atau perempuan...tidak boleh harap pun..jawapan yang aku sudah agak bila aku tanya (sms)...sebab apa aku tahu?...aku dah kenal mereka selama dua semester...tapi disebabkan Cik Mahyun minta tolong aku..aku tanyakan la juga siapa2 yg duduk berhampiran...bukan hendak kata aku ini baik sangat...tetapi aku rasa tanggungjawab akreditasi ni bergantung kepada pelajar sendiri..bila kursus tidak ditauliah oleh EAC...bising, komplen. dan macam2 lagi lah..tapi bila minta untuk bantu sedikit ja untuk turut seta bersama2 dalam soal selidik bersama panel EAC...jawapan mereka.."tak nak lah...".."aku ada banyak kerja lagi nak buat"..."malas lah"..itu saja jawapan mereka...

Sebab itu aku 'respect' amzar..walaupun dia duduk jauh...tapi sanggup datang ke Perlis pagi2 buta semata-mata tanggungjwab dia terhadap PPKAS...tetapi disebabkan dia xbawa pakaian yang lebih elok..erti kata lain dia tidak prepare selengkapnya..dia diminta untuk bersedia..'standby'..apa pun..jasa beliau sangat dihargai...pemberi semangat kepada rakan2 yang lain...tidak ketinggalan juga kepada mereka yang CUBA untuk datang tetapi tidak dapat hadir kerana ada urusan lain atau ada masalah kesihatan..jasa mereka juga dikenang...terima kasih banyak2 diucapkan...

Panel EAC mula menemu ramah pada jam 2 petang...dimulai dengan pelajar tahun kedua...ketiga..pertama dan terakhir pelajar tahun 4...tidak banyak yang mereka tanyakan...seolah-olah kami sedang bersembang macam biasa...soalan yang diajukan kepada kami seperti tempat kami tinggal (kolej kediaman)..jarak perjalanan dari kolej kdiaman ke tempat belajar...ke kelas naik apa...pasal Koke...RPS...7 pillars...alhamdulillah aku dengan amirul boleh la nak jawab..

Habis shaja sessi tu..aku,amirul dengan amzar makan rojak buah dahulu sebelum pulang ke rumah amirul...aku terus solat asar dan kemas barang untuk pulang ke penang...aku bukan tidak mahu tinggal lama di perlis walaupun amirul ada ajak untuk stay lebuh lama..tapi disebabkan aku ada masalah kewangan..jadi aku tidak boleh lah nak tinggal lama2 sebab duit aku bawa pun cukup2 untuk duit minyak ja..pe pun alhamdulillah aku selamat sampai ke rumah kesayangan aku di penang pada jam 9.00 malam...

Kini aku ambil kesempatan untuk rehat sebelum kembali ke KMPP untuk orientasi pelajar 2nd intake PST...dijangka aku akan ke KMPP pada hari ahad 23 mei ini...

akhir kata...aku berdoa agar usaha kesemua pelajar (yang terlibat sahaja dan yang ingin terlibat),staf2 PPKAS dan kesemua warga UniMAP yang turut serta dalam menjayakan akreditasi kursus masing2 akan membuahkan hasil yang dijangkakan diketahui pada bulan ogos nanti..

1 comments:

❤❤❤LaiLa❤❤❤ said...

hukhuk...msa 2 mak ak sakit...sowi yer kwn2 ak xdpt nk mnolong