Mampukah aku??
Mampukah aku memegang tanggungjawab yang diberikan kepada aku untuk mengetuai Kelab Pemadam UniMAP?Agak susah juga bila difikirkan kerana aku tidak pernah memegang sesuatu jawatan yang aku tidak tahu asal usul atau asas tentang kelab ini...tetapi oleh kerana kepercayaan yang diberikan oleh senior kelab (saudari Anis) ini dan juga kepercayaan oleh seorang kawanku (Huda)..aku terima pelawaan untuk memegang jawatan ini..bukan kerana gilakan kuasa tetapi kerana amanah yang diberikan kepadaku...aku harus terima...
Aku sedar...ini adalah jawatan yang aku rasakan agak mencabar...kerana aku pegang kelab yang boleh dikatakan kosong...aku kena mula dari awal...cari ahli..tubuh AJK..buat perancangan..dan macam2 lagi...kosong bukan bermaksud kelab ini adalah kelab baharu tetapi kebanyakan AJK kelab ini dipegang oleh pelajar tahun 3...oleh sebab mereka semua buat latihan industri (LI) selama satu semester...jadi mereka tidak sempat membuat perlantikan AJK baru...sebab itulah aku boleh terlibat secara tiba2 dalam kelab ini...pelik tapi ini kenyataan..
Atas sebab kepercayaan yang telah diberikan kepadaku...aku berazam untuk memastikan kelab Pemadam UniMAP akan dikenali kembali seperti dahulu kala...dengar kata kelab ini dahulunya agak aktif tetapi mula menurun akibat beberapa masalah yang aku rasakan boleh diabaikan...kini tanggungjawab untuk menaikkan kembali kelab ini sekarang berada ditangan aku...tetapi bagaimana??
Mampukah aku menaikkan nama kelab ini seorang diri??hmm..susah..paling penting...mampukah orang-orang dibawah aku terima aku..ikut cara aku...ikut arahan aku..kalau dari pengalaman dua semester aku di UniMAP...memang aku nampak peratus akan berjaya macam 30% sahaja...tapi...aku tidak mahu mengalah awal...sebab ahli kelab ini bukan anak2 buah aku yang dahulu...mungkin segelintir ada..tetapi tidak semua...dan aku belajar dari kesilapan aku juga...aku gabung kesemua kesilapan dan pembetulan dan aku akan cuba dalam kelab ini...aku harap rancangan aku ini berjaya...
Sejak beberapa bulan sudah aku merangka dan merancang apa yang aku akan buat pada kelab ini..terutama di awal2 penubuhan..tinggal untuk aku buat dalam softcopy dan hardcopy sahaja...tetapi aku masih bimbangkan tentang keahlian kelab ini...bagaimana aku hendak mengumpul keahlian...berapa orang yang diperlukan..dan yang paling aku hendak cari..siapa penasihat kelab ini..teringin aku hendak berjumpa..adakah [penasihat yang lama...walaubagaimanapun aku tetap kena berjumpa dengan penasihat lama...tetapi bila??aku jangkakan aku hendak mulakan operasi seawal boleh kelab ini tetapi inilah masalahnya...aku perlu berjumpa dengan penasihat face to face...aku xreti nak bercakap guna telefon ni...tak puas...
Hari ini...aku dah start membuat 'club planning'...hehe...macam business planning plak...tapi lebih kurang la...bukan pa..nak bagi aku clear sedikit tentang kelab ini...lagipun sebagai panduan aku jugak nanti...
Apa pun..aku berharap sangat2 agar kelab ini akan berjaya..walaupun tidak berjaya sepenuhnya tetapi biarlah berjaya sedikit2...aku rasakan aku hendak mula perlahan-lahan..tidak perlu gelojoh memandangkan aku baru dalam ni...kita mulakan dari bawah...hehe...dah memang style aku...
'Hasil akan bersuara untuk kita'...
0 comments:
Post a Comment