BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

04 April, 2010

Pemimpin gila-gila

Apa yang dikatakan sebagai 'pemimpin gila-gila'...???

Adakah pemimpin itu gila?Tidak waras?atau macam-macam lagi andaian yang boleh dibuat...bagi aku...aku setuju dengan satu pendapat tentang pemimpin gila2 ni..waktu aku pergi satu kem di kaki bukit,Perlis...Pemimpin gila2 adalah individu yang mampu berfikir tentang sesuatu perkara yang kadang kala tidak masuk akal namun tidak mustahil untuk melakukannya..aku suka orang yang macam ni dan aku teringin nak jadi macam tu...tapi aku bukanlah pemimpin yang baik...tapi aku yakin aku mampu berfikiran yang orang lain anggap susah nak buat...adakah aku gila2???

X salah pun berfikiran gila2 ni...bagi aku orang yang berfikiran mcm ni adalah orang yang kreatif...bukan nak puji diri sendiri tapi ini adalah satu tanggapan aku...bukankah bagus kalau kita boleh berfikir sedemikian??barulah kita boleh mencapai matlamat untuk melahirkan rakyat yang kreatif dan berinovatif...

Tapi...macam mana nak berfikir macam tu ek???kalu aku...aku suka termenung sebab bila termenung kadang kala aku boleh fikir macam2...benda yang plik2 pun boleh dijadikan idea..biarlah kadang kala apa yang kita fikirkan itu tidak menjadi atau tidak terlaksana..apa yang penting kita ADA memikirkan sesuatu..asalkan ia membawa kebaikan atau manfaat..aku sebenarnya pelik jugak kadang-kadang bila aku lontarkan idea...ada sesetengah orang dah fikir tentang benda ni boleh jadi ke tidak???buat apa nak buat macam tu??macam susah ja...dan macam-macam lagilah 'feedback'...apa yang aku boleh buat...aku diam je...

Mungkin itu adalah salah satu masalah dari sifat aku...aku suka fikir sesuatu benda tapi benda tu untuk jangka masa panjang..bukan pendek..da sesetengah idea yang aku rancang atau fikirkan...dari segi jangka masa pendek mungkin orang tidak nampak tapi aku rasa dari segi jangka masa panjang aku boleh rasakan ianya berguna...tapi aku tidak salahkan sangat orang yang selalu kritik ni..sebab tidak semua boleh nampak apa yang kita nampak...dan yang paling penting setiap orang ada pendapat masing2...walaupun aku kadang-kadang agak terasa dengan kritikan individu atau kumpulan tertentu tentang pendapat aku..tapi aku xnak mudah mengalah kerana aku tahu kemampuan aku dan tahu apa yang aku buat bukan untuk kepentingan aku seorang tapi untuk ramai orang...

Jadi aku rasa...kita perlu berfikiran gila2 pada masa tertentu..bukan buat perangai gila2 hanya semata-mata nak mencari publisiti murahan atau mahu orang tahu dia itu 'wujud'...aku harap aku xjadi orang yang macam 2...aku xsuka...

Apa yang penting...aku harapkan aku dan sesiapa saja boleh atau berusaha untuk menjadi individu yang mampu berfikir tentang sesuatu yang gila2...bukan untuk menunjuk tapi untuk memberi faedah kepada diri kita dan orang lain...jangan mudah mengalah dengan apa yang orang lain kata...bak pepatah..belum cuba belum tahu..sudah cuba...baru tahu...last sekali janganlah kita riak...

Jadilah pemimpin yang merendah diri...tidak kisah tentang orang kenal kita atau tidak..selagi kita boleh buat kerja yang terbaik itu sudah mencukupi...bagi aku..

'HASIL AKAN BERSUARA MENUNJUKKAN SIAPA KITA ANDAI PUN KITA TIDAK BERSUARA'

salam fikiran...

3 comments:

499 said...

xsemua org boleh fikir sama mcm yg kita fikir...xsalah klo kita bertegas dgn idea sndri klo kita rasa ia munasabah

renewsyahh said...

gila2 ek..hehe.. aq suka... mgunakan pndekatan bssifat baru.. x konservatif mengikut cara sedia ada..

renewsyahh said...

gila2 ek..haha..aq suka. create idea baru. bukan hanya guna idea yang biasa digunakan..hehe