BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

10 July, 2010

MSK 2010/2011 Unimap

Pada 29 Jun 2010 aku mulakan perjalanan aku ke UniMAP Perlis untuk menjadi Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal (PPMS)...perasaan agak takut juga lah sebab aku pergi pun agak lambat..itupun aku yang minta untuk datang jika ada kekosongan...syukur alhamdulillah Pengarah PPMS, saudara syahrul beri kebenaran kepada aku untuk turut serta...terima kasih aku ucapkan kepadanya...

Seperti aku katakan awal2 tadi..perasaan takut juga lah untuk datang..kerana aku tidak kenal sangat PPMS yang lain...kem pemilihan pun aku datang hanya di fasa 1...fasa 2 dan fasa 3 aku tidak turut serta sebab bertembung dengan orientasi KMPP...

Namun..setelah beberapa hari aku di Unimap dan menjadi biro Pengangkutan...aku sudah serasi dengan ahli2 lain..agak seronok bekerja dengan ahli2 biro aku...semua semangat buat kerja walaupun ada sesetengah perkara yang sepatutnya tidak terjadi berlaku...namun kami tetap teruskan kerja kami...

Kesimpulan aku boleh berikan sepanjang MSK Unimap ni...aku agak seronok lah...walaupun cara kerja tidak boleh nak lawan orientasi KMPP tapi aku tidak kisah...semuanya masih baru...dan ada yang aku dengar cerita memang ada yang kali pertama pun urus benda2 macam ini...jadi kalau ada salah tu..aku anggap perkara biasa...tidak semua perkara akan elok...pasti ada cacat celanya...

Apa yang penting...aku datang jadi PPMS ni pun sebab aku nak tolong dan ambil pengalaman ja..dan aku nak belajar juga...tambah apa2 yang patut aku perlu tahu...mana tahu..boleh guna untuk masa akan datang...apa pun aku mohon kemaafan kepada semua rakan2 aku PPMS...sebab kadang kala aku terpaksa berbohong..aku buat 2 pun sebab nak pastikan semua gembira...dan untuk menyelami masalah orang lain..

Terus dari hati...aku sayangkan kawan2 aku di biro pengangkutan...segala tugas yang aku terima..dari kena tunggu pelajar di stesen kereta api arau dari pukul 6 pagi...redah hujan pagi2 buta sampai aku sendiri demam..orang ketawakan aku ketika mencari pelajar...jaga stesen bus...bawa keluarga pelajar...urus perjalanan pergi dan balik pelajar naik bas dari wang ulu ke dewan 2020...dan lain2 memang memberi pengalaman yg amat bermakna kepada aku...

Akhir kata...aku harap pertalian antara PPMS akan berkekalan...sayang kamu semua....


0 comments: