BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

17 December, 2009

Malaysia dpt emas bola sepak sukan sea laos..

Malaysia menang!!!!!

Itu shj yg dpat dikatakan setelah wisel penamat...
Penantian Malaysia selama 20 thun kini berakhir setelah emas terakhir Malaysia untuk permainan bola sepak adalah pada tahun 1989...wah-wah...tahun kelahiranku tu...harapan kesemua rakyat Malaysia yang setia menanti kini terbalas. Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang terlibat sama ada yang bermain mahupun yang berada di bangku simpanan. Tidak lupa juga sekalung tahniah diucapkan kepada jurulatih kebangsaan K. Rajagopal yang telah merangka strategi yang berkesan selama hampir seratus minit masa permainan berlansung.

Walaupun sewaktu separuh masa pertama, permainan agak membosankan kerana Malaysia kurang menyerlah..permainan lebih memihak kepada pasukan Vietnam. Namun pada masa kedua permainan lebih memihak kepada pasukan Malaysia. Serangan bertali arus dan permainan yang lebih lancar begitu menghiburkan. Tatkala setiap serangan yang diberi sering mendebarkan namun acap kali dipatahkan sehinggalah pada minit ke 85..pasukan Malaysia akhirnya membolosi gawang Vietnam. Walaupun hanya 1 gol tapi itu sudah amat bermakna kepada Malaysia.

Diharap permainan sebegini diteruskan untuk permainan akan datang. Janganlah sekarang kita berbangga tapi selepas ini kutukan demi kutukan pula menyinggah pasukan bola sepak negara...

Tahniah sekali lagi buat pasukan negara.

0 comments: